Search
Close this search box.
Antara penagih dadah yang ditahan oleh pihak berkuasa di Sarawak tahun ini. Foto, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Parlimen: Operasi AADK kesan 9,645 penagih dadah di Sarawak tahun lepas

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengesan seramai 9,645 penagih dadah di Sarawak pada tahun lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 25 orang ditahan di Tanjong Manis.

Katanya, kesemua mereka kini sedang menjalani rawatan pemulihan dalam komuniti yang dijalankan oleh AADK Sarawak.

“Statistik juga menunjukkan kadar penagihan dadah di Sarawak pada 2023 adalah seramai 384 orang bagi setiap 100,000 penduduk berbanding kadar nasional 436 orang bagi setiap 100,000 penduduk,” katanya.

Saifuddin menjawab pertanyaan lisan Yusuf Abd Wahab (Gabungan Parti Sarawak – GPS) menerusi jawapan bertulis bagi pertanyaan – pertanyaan lisan yang tidak dijawan di Dewan Rakyat.

Sementara itu beliau turut memaklumkan bagi membenteras dadah di Sarawak, sebuah jawatankuasa menangani isu dadah dan substans (MIDS) telah ditubuhkan sejak 2017.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah yang peranan untuk menyekat bekalan, permintaan dan memperkasakan daya tahan komuniti.

“Antara aktiviti yang digerakkan oleh jawatankuasa ini melalui Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS) adalah Program Randau Pembangunan Sosial yang menyasarkan masyarakat luar bandar terdiri daripada pelbagai peringkat umur dengan sebanyak 14 program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan