Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy. Foto TVS

SME Corp sasar bantu bangunkan 16,700 usahawan tahun ini

ByAhmad Azlan Shah

KUALA LUMPUR, 8 Mac: SME Corp Malaysia mensasarkan 16,700 penggiat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menerima manfaat pelbagai program kendaliannya pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy berkata jumlah berkenaan adalah termasuk usahawan wanita yang sejajar dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI yang lebih saksama, inklusif dan mampan.

“SME Corp Malaysia kekal komited untuk membantu usahawan wanita dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus penerima manfaat bagi inisiatif dan program-program yang dilaksanakan adalah usahawan wanita.

“Bagi tahun 2024, sebanyak RM134.6 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan program.” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

SME Corp, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan pelbagai program seperti Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) dan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

Menurutnya, selain dari program itu, terdapat banyak lagi program lain dianjurkan SME Corp yang telah mencatatkan penyertaan yang memberangsangkan dari usahawan wanita.

Selain dari itu, Rizal berkata pihaknya akan kembali menganjurkan Anugerah Enterprise 50 (E50) iaitu program anugerah berprestij yang mengiktiraf pencapaian 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Bagi mengiktiraf pencapaian dan sumbangan usahawan wanita, salah satu Anugerah Khas yang telah diwujudkan di bawah Anugerah tersebut adalah Anugerah Usahawan Wanita Terbaik E50,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan