Search
Close this search box.
Umat Islam berdemonstrasi mengecam tindakan ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang sengaja mencetus provokasi membakar kitab suci Al-Quran tahun lalu. Foto, AFP

Masyarakat bersatu, strategi perangi Islamofobia

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 15 Mac: Fenomena Islamofobia bukan hanya berlaku di Barat, kini menyaksikan penyebaran gejala itu mula menawan pemikiran masyarakat di negara ini.

Islamofobia yang membara pada awal 2000-an merupakan perbuatan yang cuba menggunakan agama Islam untuk menakut-nakutkan penganut agama lain.

Barah Islamofobia di Malaysia | TVS

Personaliti dakwah, Ustaz Wan Muhammad Mujahid Wan Alwi berkata, Islamofobia yang berlaku di negara ini sebahagian besarnya disebabkan oleh orang Islam itu sendiri yang menconteng arang terhadap agama sehingga Islam dipandang serong, pelik dan hina oleh agama lain.

“Di Malaysia, Islamofobia ini dia tidak terbit daripada orang bukan beragama Islam, dia terbit daripada orang Islam itu sendiri yang mempertikaikan hukum-hukum syariah dengan mempromosi LGBTQ dan kemudiannya yang tidak suka dengan Jabatan Agama Islam Negeri, tidak suka ordinan atau enakmen syariah dan sebagainya.

“Barah Islamofobia ini ia dilihat tidak begitu besar di Malaysia, tetapi bibit-bibit itu lahir daripada orang Islam itu sendiri yang bersifat menentang agama dengan kadang-kadang orang bukan Islam pun mereka hairan kenapa orang Islam tidak suka dengan syariah,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata, jurang antara orang Islam dan bukan Islam menjadi punca berlakunya penerimaan pemikiran Islamofobia dalam kalangan masayarakat.

“Mungkin kurang komunikasi dan kerenggangan hubungan antara orang Islam dan penganut agama lain.

“Oleh sebab itu, di Sarawak ini, antara usaha yang dilakukan ialah kita anjurkan forum agama dengan berdialog bersama wakil dari setiap agama dengan kemudiannya kita cari titik persamaan,” katanya.

Sementara itu, masyarakat Islam yang ditemui mengakui kehadiran Islamofobia di negara ini dengan menyatakan kerisauan akan perkembangannya yang semakin membara.

Menurut Nasir kindang, 56, masyarakat Islam sendiri perlu memainkan peranan memerangi Islamofobia dengan menampilkan perwatakan yang mencerminkan adab Islam.

“Saya lihat Islamofobia sudah pun berkurangan sebenarnya, cuma kita mesti banyak berdamping dengan ilmu untuk kita mendekati orang bukan Islam dan pada masa sama menunjukkan keperibadian yang tidak berlebih-lebihan,” ujarnya.

Senada dengannya, Japarudin Osman, 74 yang meminta cendekiawan Islam untuk menyebarkan keindahan Islam bagi menangkis propaganda memburuk-buruk Islam secara terbuka terutamanya di platform media sosial.

“Saya harap cendekiawan dan ulama untuk sebarkan kebaikan dan kesempurnaan Islam bagi mendepani golongan jumud yang sengaja menjatuhkan imej Islam itu sendiri,” jelasnya.

Justeru, sempena Hari Antarabangsa Untuk Memerangi Islamofobia yang disambut setiap tahun pada 15 Mac, umat Islam diminta menunjukkan sifat mulia agar masyarakat bukan Islam tertarik dengan keperibadian dan ajaran Islam yang indah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan