Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dr Richard Rapu selepas menyampaikan geran sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM414,800 di Spaoh pada Sabtu. Foto TVS

Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E disaran sertai program naik taraf kemahiran

SPAOH, 17 Mac: Kontraktor Bumiputera Kelas C hingga E yang ingin menaik taraf kemahiran mereka disarankan supaya menyertai program khas di bawah seliaan Kerajaan Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mereka yang berminat boleh mengemukakan pendaftaran di Pejabat Residen berdasarkan alamat pendaftaran perniagaan masing-masing.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar di Pejabat Residen mengikut alamat perniagaan masing-masing.

“Selepas itu pihak Pejabat Residen akan memajukan permohonan tersebut ke jawatankuasa khas di Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan geran daripada beliau dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu berjumlah RM414,800 kepada masjid, surau dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, mereka yang terpilih juga akan diberi latihan, bantuan kewangan dan peralatan-peralatan tertentu sekiranya mereka mendapat projek.

“Bagi mereka yang layak mereka akan diberi latihan, bantuan kewangan semasa mereka dapat projek dan juga akan dibantu dari segi peralatan,

“Ini merupakan satu lagi langkah positif daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak untuk membantu Kontraktor Bumiputera agar mereka dapat menjadi Kontraktor Bumiputera yang tulen di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan