Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Jamie Nexgen Petra Jaya di Masjid Al Ghazali Jalan Depo di sini, hari ini. Foto, Hafeezzur Muzamir (TVS)

Kerajaan Persekutuan hormat keputusan kerajaan Sarawak tangguh pendaftaran PADU, mahu penjelasan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 24 Mac: Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Kerajaan Sarawak berhubung keputusan penangguhan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagaimanapun berkata, Putrajaya mahukan penjelasan mengenainya bagi mengenal pasti punca sebenar terhadap keputusan yang diambil.

“Seperti mana yang diumumkan Kerajaan Sarawak bahawa mereka menangguhkan pendaftaran PADU atas beberapa isu, jadi apa yang dipersetujui akan ada perbincangan dengan pihak PADU untuk mendapatkan penjelasan dan kata putus.

“Kerajaan Persekutuan menghormati apa juga yang diputuskan kerajaan negeri. Tetapi kita nak memahami apakah punca dan sebab mengapa keputusan memberhentikan pendaftaran PADU itu.

“Kita belum dapat gambaran mengenai sebab dan punca mengapa keputusan tersebut diambil, kita yakin mesti ada sebab mengapa kerajaan negeri berbuat demikian,” katanya

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Jamie Nexgen Petra Jaya di Masjid Al Ghazali Jalan Depo di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 orang penerima dari Rumah Amal Nur Murni, Madrasah Darul Uloom Al Fatah dan Pusat Tahfiz Husnul Khatimah.

Mengulas lanjut, Fadillah menegaskan tiada halangan untuk individu di Sarawak untuk terus melakukan pendaftaran.

“Kita serahkan kepada kerajaan negeri, sudah ada arahan dan rakyat Sarawak akan mengikuti arahan di peringkat negeri. Tetapi setakat ni Sarawak negeri paling tinggi mendaftar PADU,” katanya

Dalam pada itu, mengulas mengenai jumlah pendaftaran rendah yang direkodkan PADU berbaki beberapa hari sebelum tarikh tutup, Fadillah berkata, Kementerian Ekonomi mempunyai strategi tersendiri dalam mengatasi hal itu.

“Kementerian Ekonomi ada strategi tertentu mengenai apa tindakan yang akan dilaksanakan, kita serahkan kepada kementerian itu,” jelasnya.

Untuk rekod, setakat Ahad, lebih 7.36 juta rakyat Malaysia membabitkan 35 peratus penduduk negara ini sudah mengemas kini maklumat dalam sistem padu sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan