Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakamkan kenangan bersama rombongan Centexs Commercial di Hotel Pullman, hari ini. Foto TVS.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sokong inisiatif CENTEXS Commercial

KUCHING, 27 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan sokongan terhadapĀ inisiatif program komuniti yang dilaksanakan oleh CENTEXS Commercial.

Pengurus Besar CENTEXS Commercial Shahren Yusri berkata khabar baik itu diluahkan beliau pada kunjungan hormat pihaknya kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri Toh Puan, Fauziah Mohd Sanusi di Giza Room Hotel Pullman di sini, hari ini.

Menurut Shahren, antara inisiatif tersebut termasuk menyediakan platform kepada usahawan komuniti tempatan seperti penenun songket, penyulam keringkam, pembuat produk kraf dan pembuat aksesori.

Tambahnya platfrom tersebut memberi manfaat kepada ekosistem berkenaan berikutan ia membantu untuk mempromosikan produk-produk warisan secara agresif dan konsisten.

ā€œJadi dengan adanya CENTEXS Commercial kita membantu mereka menjual secara berterusan dan konsisten dan pendapatan mereka naik. Kalau dulu pendapatan mereka sebulan yang kita simpulkan average lebih kurang RM800 hingga RM1000 dengan inisiatif kita akan naik ke RM3,000 hingga RM7,000 ini yang saya kata anggaran pendapatan mereka.

ā€œDalam sesi pertemuan kunjungan hormat tadi, Tun menyatakan bahawa ia merupakan satu inisiatif yang cukup baik. Jadi beliau sendiri yang akan menyokong sepenuhnya program komuniti sebegini agar satu produk warisan kita legasi ataupun kesinambungan membudayakan memakai produk warisan berterusan. Tak akan mati begitu sahaja,ā€ katanya kepada pemberita hari ini.

Shahren menambah, pertemuan tersebut turut menjemput Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi serta isteri Ā untuk menyempurnakan Program Rona-Warni Aidilfitri Extravaganza di Jumaā€™ani Pavilion pada 31 Mac ini.

ā€œKita juga memaklumkan dalam taklimat tadi beliau boleh melihat sendiri apakah yang ada di dalam Jumaā€™ani Pavillion selain kita melihat produk warisan tempatan.

“Kita juga mempunyai satu tempat pembuatan untuk membuat membuat produk-produk warisan tempatan yang. Jadi itu lah kita berbesar hati untuk menjemput Tun datang ke Jumaā€™ani pavillion,” katanya.

Terdahulu, kunjungan hormat ituĀ diketuai Ketua Delegasi, PSC Pengerusi dan Penasihat kepada CENTEXS Commercial, Datu Sabariah Putit, Timbalan Pengarah Industri dan ESG Akademi CENTEXS Dr Nadianatra Musa, Timbalan Pengarah Digital & Teknologi Hijau CENTEXS, Dr Dayang Hanai Abang Ibrahim dan Ketua Korporat Komunikasi & Strategi, Pemasaran & Galeri CENTEXS Commercial, Malissa Sahari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan