Search
Close this search box.
Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya ditimpa pokok kelapa sawit yang tumbang di Jalan Sungai Duri semalam. Foto JBPM

Wanita warga emas nyaris maut kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang

NIBONG TEBAL, 27 Mac: Seorang wanita warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang di Jalan Sungai Duri di sini, semalam.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, Muhammad Faizal Yusop berkata, pemandu kereta berusia 65 tahun itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 3.58 petang.

“Semasa bomba sampai, terdapat sebatang pokok kelapa sawit telah tumbang dan menghempap kereta jenis Honda Jazz.

“Pemandu wanita telah dikeluarkan oleh orang awam dari kereta yang remuk itu sebelum diberi rawatan awal Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap di sini bagi menerima rawatan.

Pasukan bomba turut membantu membersihkan sisa-sisa pokok tumbang sebelum laluan itu dibuka semula. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan