Search
Close this search box.
Penyerahan sumbangan Program Imarah Ramadan di Masjid Darus Salam Kampung Matang, Kuching oleh Bank Rakyat Sarawak. Foto Bank Rakyat

Bank Rakyat peruntuk RM1.48 juta imarah Ramadan, bantu 7,400 keluarga asnaf

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Bank Rakyat menyerahkan bakul makanan berserta wang sumbangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.48 juta kepada 7,400 keluarga asnaf bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, program itu dijalankan secara serentak di 148 lokasi di seluruh negara. 

“Program bersempena dengan Kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ dan ulang tahun Bank
Rakyat yang ke-70 ini membuktikan komitmen berterusan kita dalam menganjurkan inisiatif yang menyumbang kepada kebaikan dan kemakmuran bersama dengan kerjasama seluruh cawangan Bank Rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Bank Rakyat bukan sahaja komited dalam menyediakan penyelesaian kewangan merentasi segmen, bahkan memberi sepenuh komitmen dalam inisiatif yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan program ini merupakan salah satu daripadanya.

“Inisiatif sumbangan bakul makanan yang telah memasuki tahun ketiga berturut-turut penganjurannya itu bertepatan dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan ihsan dengan mengasihi serta saling membantu antara satu sama lain.

“Kami juga amat bersyukur kerana dapat meneruskan program ini dan berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi masyarakat yang memerlukan berbanding pada tahun sebelum ini, di samping mendekati pelanggan di sekitar kawasan Bank Rakyat beroperasi,” katanya.

Setiap satu bakul makanan yang bernilai RM100 ini mengandungi minyak masak, teh, tepung, gula, kurma, kuih raya serta pelbagai keperluan lain. Mereka juga menerima wang sumbangan bernilai RM100 setiap seorang bagi membantu memenuhi keperluan seharian dalam menjalani ibadah puasa dan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan