Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak 2024 Bersama YAB Perdana Menteri di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Pusat Kanser Sarawak kukuhkan pembangunan kluster fasiliti kesihatan di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan pembinaan Pusat Kanser Sarawak yang bakal dibina dapat memperkukuhkan lagi pembangunan kluster fasiliti kesihatan di Kota Samarahan.

Menurutnya, pusat berkenaan akan melengkapi kemudahan kesihatan yang lain di Kota Samarahan termasuk Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS dan Pusat Jantung Sarawak ke arah pengwujudan hab kesihatan atau metropolis kesihatan.

“Bukan itu sahaja, Kota Samarahan akan menempatkan sebuah pusat penyelidikan penyakit berjangkit (SIDC) milik Sarawak dan apabila siap kelak, ia akan memberi khidmat bukan hanya kepada rakyat Sarawak tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.

“Sudah tentu kalau melihat dengan pembangunan hala tuju Sarawak, Bahagian Samarahan mempunyai potensi untuk menjadi hab kepada semua pusat penyelidikan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat keseluruhannya,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak 2024 Bersama YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Muttaqin di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu bahawa pendidikan sebagai salah satu kluster pembangunan di Kota Samarahan yang menempatkan institusi pendidikan tinggi (IPT) iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak.

Dalam pada itu, Abang Johari menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada Anwar kerana mempromosikan Sarawak ke negara luar terutamanya dalam penerokaan tenaga hijau serta tenaga diperbaharui dan usaha Kerajaan Sarawak ke arah pendigitalan.

Terdahulu, Anwar semasa berucap pada majlis sama berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di sini.

Anwar berkata menerusi projek itu, kerajaan Sarawak bakal melakar sejarah menjadi kerajaan negeri pertama membiayai terlebih dahulu projek Persekutuan bagi mempercepatkan pelaksanaannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan