Search
Close this search box.
Majlis Rona Warni Aidilfitri X-Travaganza di Juma'Ani Pavilion hari ini. Foto Muhammad Raffiq (TVS)

CENTEXS Commercial bantu pelihara produk warisan Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 31 Mac: Penubuhan CENTEXS Commercial oleh Kerajaan Sarawak bertujuan membantu memelihara, mempromosi dan memartabatkan kraf warisan negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, CENTEXS Commercial meletakkan nilai warisan kepada kraf tempatan seperti keringkam, puan kumbu dan songket.

“Menerusi CENTEXS, kita (Sarawak) dapat mewar-warkan kepada masyarakat bahawa kraf tempatan mempunyai nilai warisan yang tinggi.

“Seperti sedia maklum, produk warisan mempunyai rekaan motif yang berbeza berbanding tempat lain. Itulah sebabnya CENTEXS Commercial memainkan peranan penting dalam mengekalkan nilai kraf dan produk kita,” katanya pada Majlis Rona Warni Aidilfitri X-Travaganza di Juma’Ani Pavilion di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyaksikan pelbagai rekaan busana baharu keluaran Centexs Commercial sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini dipamerkan.

Selain itu, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri turut dibawa melihat sendiri pelajar-pelajar CENTEXS yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil menghasilkan produk warisan tempatan.

Pada majlis sama berlangsungnya pemberian infaq kepada golongan asnaf daripada syarikat Hartasuma Sdn Bhd kepada 20 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah dan 45 kanak-kanak dari Pusat Jagaan Nur Murni berjumlah RM30,000.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan