Search
Close this search box.
Kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya menerima sumbangan beras kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 April: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sepanjang Ramadan tahun ini.

Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga berkenan mengurniakan sumbangan beras kepada 194 kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya.

Penerima sumbangan terdiri daripada kakitangan gred jawatan 11 dan 14, dengan kurniaan itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim.

Turut hadir pada program penyampaian sumbangan di Istana Negara hari ini ialah Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh dan Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara Irfan Idrus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan