Search
Close this search box.
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama di Istana Negara hari ini. Foto, Bernama.

Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 April: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8.23 pagi diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri.

Solat sunat Aidilfitri berkenaan dipimpin Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Ini kali pertama Seri Paduka Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

Khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Hakikat Kemenangan’ dibacakan Munir antaranya menyeru umat Islam agar memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Selain itu, hari raya juga merupakan peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan sesama umat Islam dan meninggalkan budaya label-melabel, caci-mencaci dan tuduh-menuduh sesama sendiri.

“Hakikatnya kita semua bersaudara. Terkadang dipecahkan oleh hal-hal yang sangat remeh namun membawa kesan berpanjangan. Maka berusahalah memperbaiki hubungan sesama umat Islam atau kita berusaha menjadi pendamai kepada umat Islam yang berselisih,” katanya.

Selepas selesai solat sunat itu, Seri Paduka Baginda bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Tun Wan Junaidi, Abang Johari tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek

Solat berkenaan disertai kira-kira 200 jemaah.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah kemudian berkenan bersalaman dengan hadirin yang berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Dif Kenamaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan