Search
Close this search box.
O.J. Simpson, bekas bintang bola sepak Amerika meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser menurut keluarganya pada Khamis. Foto AFP

Bekas bintang bola sepak Amerika O.J. Simpson meninggal dunia

ByBernama

LOS ANGELES, 12 April: O.J. Simpson, bekas bintang bola sepak Amerika yang didakwa membunuh bekas isterinya dan rakan wanita itu  dan kemudian dibebaskan, meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser menurut keluarganya pada Khamis, lapor Xinhua.

“Pada 10 April, bapa kami Orenthal James Simpson, meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser,” kata keluarga Simpson dalam hantaran di laman X (dahulunya Twitter) sambil menambah  beliau dikelilingi anak-anak dan cucu-cucunya.

Semasa waktu peralihan ini, keluarga mendiang memohon supaya privasi  mereka dihormati dalam hantaran itu.

Simpson dilaporkan meninggal dunia di Las Vegas, Nevada sebuah negeri dalam Amerika Syarikat.

Bekas bintang itu memegang banyak rekod dalam Liga Bola Sepak nasional (NFL) dan merupakan seorang daripada “running back” terbaik dalam sejarah liga itu.

Bagaimanapun, Simpson menghadapi cabaran berhadapan sistem perundangan dalam dekad sebelum ini  terutamanya pada tahun 1995 apabila beliau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bekas isterinya Nicole Brown Simpson dan rakan lelakinya Ron Goldman pada tahun 1994.

Pada 2007, Simpson mengetuai sekumpulan lima lelaki untuk merompak sebuah hotel dan kasino di Las Vegas apa yang beliau dakwa sebagai memorabilia sukan miliknya. Beliau dijatuhkan hukuman 33 tahun penjara dan dibebaskan dengan parol pada 2017 selepas berada dalam penjara di Nevada selama hampir sembilan tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan