Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Rumah Terbuka Shell Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak giat usaha teroka gas dan minyak, alukan penyertaan swasta

ByYusuf Shukri

KUCHING, 12 April: Sarawak mengalu-alukan penyertaan pihak swasta dari dalam dan luar negara dalam misi penerokaan gas asli di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kaya dengan sumber alam semula jadi termasuk gas asli dan bahan api fosil yang diyakini wujud di sepanjang perairan negeri ini.

Sarawak giat usaha penerokaan gas dan minyak.

Namun, jelas Abang Johari, sebelum penerokaan dilakukan, terdapat beberapa perkara yang harus diberi penelitian.

“Ini termasuk kemampuan ekonomi Sarawak dan lokasi tersebut yang perlu diselidiki terlebih dahulu sama ada terdapatnya rizab bahan api fosil atau tidak,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Shell Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, jika penerokaan pesat dilakukan, bandar Miri akan menerima manfaat berlipat kali ganda teruatama yang melibatkan produk hiliran.

Selain Shell, Abang Johari juga menjemput syarikat antarabangsa lain dalam usaha penerokaan minyak di Sarawak.

“Kita telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan PPT Exploration and Production (PTTEP) yang berpangkalan di Thailand dan juga Mudabala Energy yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk datang meneroka minyak di sini.

“Di samping itu juga, PETROS juga akan memainkan peranannya sendiri dalam usaha ini,” tambah beliau lagi.

Turut hadir pada rumah terbuka tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan