Search
Close this search box.
Polis menahan empat individu termasuk dua penjawat awam di Sibu kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu Wang Tidak Dituntut. Foto hiasan Envato

Empat ditahan disyaki terlibat kes tuntutan palsu Wang Tidak Dituntut

SIBU, 15 April: Polis menahan empat individu termasuk dua penjawat awam di sini kerana disyaki terlibat membuat tuntutan palsu Wang Tidak Dituntut.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima tiga laporan polis berkaitan tuntutan palsu itu oleh tiga mangsa.

Katanya, ketiga-tiga mangsa telah membuat semakan melalui sistem E-Gumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan mendapati mereka mempunyai wang yang tidak dituntut.

“Apabila mangsa cuba untuk membuat proses tuntutan, didapati wang mangsa telah dituntut oleh individu yang tidak dikenali.

“Ketiga-tiga laporan polis telah dibuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan. Jumlah keseluruhan kerugian melibatkan RM175,014.89,” kata menerusi kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, suspek dipercayai telah menggunakan dokumen palsu seperti salinan sijil kematian palsu, salinan sijil probet palsu dan salinan surat akuan sumpah palsu untuk membuat tuntutan wang tidak dituntut milik mangsa.

“Ketiga-tiga mangsa menafikan mengenali suspek yang membuat tuntutan tersebut dan hadir ke balai polis membuat laporan untuk tindakan polis selanjutnya.

“Bertindak daripada maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Sibu telah membuat tangkapan dan rampasan ke atas empat orang suspek serta membuat permohonan reman untuk membolehkan siasatan lanjut kes,” jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan Wang Tidak Dituntut melalui laman E-Gumis, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan jika terdapat berlakunya tuntutan palsu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan