Search
Close this search box.
Tangkap layar video kejadian yang tular di media sosial. Foto @sibublowwaterstation (FB)

Lelaki dibelasah ganggu isteri orang di Sibu

SIBU, 16 April: Seorang lelaki cedera dipukul sekumpulan individu kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang di sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata satu laporan telah diterima daripada seorang lelaki berusia 24 tahun berhubung kejadian.

“Bertindak daripada maklumat, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah berjaya menangkap seorang lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan lanjut kes.

“Punca kejadian adalah disebabkan rasa marah sehingga suspek bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas telah bertindak memukul mangsa dan mengugut mangsa supaya tidak menganggu isteri suspek lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, suspek telah direman selama tiga hari sehingga 18 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan, katanya Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya manakala Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh setahun, atau dengan denda berjumlah RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, Zulkipli menyeru kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian yang berlaku.

Terdahulu, video yang tular di Facebook merakam sekumpulan lelaki dilihat menyerang mangsa di hadapan sebuah kedai kopi berhampiran Terminal Bas Sibu di Jalan Pahlawan sekitar jam 5 petang pada Ahad.

Difahamkan, isteri suspek mengenali mangsa sejak Disember lalu melalui media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan