Search
Close this search box.
Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd menyasarkan projek sekurang-kurangnya 200 megawatt (MW) di bawah Program Tenaga Hijau Korporat dan Solar Skala Besar 5. Foto hiasan, Envato.

Plus Xnergy sasar projek 200 MW bawah Program Tenaga Hijau Korporat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 April: Penyedia penyelesaian tenaga bersih, Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd menyasarkan projek sekurang-kurangnya 200 megawatt (MW) di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) dan Solar Skala Besar 5 (LSS5), kata Ketua Pegawai Eksekutif Ko Chuan Zhen.

Syarikat itu juga mahu memasang panel solar berkapasiti sehingga 90MW bagi bangunan perindustrian, katanya, sambil menambah ia menyasarkan untuk mencapai kedua-dua sasaran itu menjelang tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2025.

Usaha Sarawak bangunkan tenaga boleh diperbarui diiktiraf dunia – Abang Johari

“Selain solar, syarikat itu juga telah memperoleh projek sistem storan tenaga bateri skala utiliti (BESS) yang telah ditetapkan untuk siap dalam suku ketiga tahun kewangan 2025,” katanya kepada Bernama.

Sehingga Mac 2024, kumpulan itu telah mencapai rekod prestasi lebih 2,007.96 gigawatt jam (GWj) dalam penjimatan tenaga yang dijana daripada tenaga bersih.

Dewan Negara: Malaysia mampu raih bilion ringgit menerusi tenaga boleh diperbaharui

Ko memberitahu dengan memberi tumpuan kepada perniagaan komersial serta perindustrian, syarikat itu telah memasang dan menjana melalui sistem grid solar fotovoltan (PV) berkapasiti lebih 400 megawatt puncak yang disambungkan ke atas 1,500 rumah, 470 bangunan komersial dan perindustrian serta enam ladang solar berskala besar.

Mengenai unjuran, beliau berkata Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) telah bertindak sebagai penggalak dalam mewujudkan peluang perniagaan untuk kerjasama dan menyokong organisasi dengan sasaran yang bercita-cita tinggi bagi mencapai pengurangan karbon mereka.

Industri telekomunikasi dan pemaju hartanah adalah trend seterusnya dalam industri yang sedang berkembang pesat terutamanya telekomunikasi yang menyaksikan keadaan penggunaan tenaga yang tinggi.

Selain itu, beliau berkata syarikat itu akan mengeluarkan kuota objektif masa pemulihan (RTO) baharu pada April dan yakin 300 kuota RTO akan diambil menjelang suku pertama tahun kewangan 2025.

Untuk meraih sasaran itu, pembekal tenaga hijau itu memperkenalkan dua model kewangan iaitu Model Zero Capex bagi pelanggan industri komersial dan Model Rent-To-Own untuk pemilik rumah kediaman sebagai perkhidmatannya kepada masyarakat selain menjadikan solar, tenaga yang boleh diakses.

“Kami juga telah memulakan rancangan untuk terus meneruskan peluang pasaran baharu termasuk perkongsian strategik dengan pakar alam sekitar, tadbir urus dan sosial (ESG), persatuan serta pihak berkuasa bagi menyokong organisasi yang bercita-cita tinggi dalam pelan hala tuju ESG,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan