Search
Close this search box.
Abdul Karim (tengah) bercakap pada sidang media hari ini. Foto TVS

Sarawak sertai IMEX 2024 di Frankfurt, pada 14-16 Mei depan

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 17 April: Sarawak Pavilion bakal kembali di IMEX Frankfurt, Jerman, dari 14 hingga 16 Mei 2024 bagi mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi antarabangsa untuk legasi, kepimpinan pemikiran dan inovasi di rantau ASEAN.

Perbincangan IMEX tahun ini mengenegahkan impak dengan misi membawa komuniti acara global bersama-sama untuk menjalankan perniagaan dan gastronomi.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis acara ini bakal meletakkan Sarawak di mata dunia serta menjana peluang dengan pemain antarabangsa dengan penyertaan Sarawak Pavilion dalam tema Pasca Covid-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030).

“IMEX Frankfurt ialah acara antarabangsa utama untuk acara perniagaan,” katanya pada sidang media  di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Untuk rekod IMEX Frankfurt merekodkan lebih 11,000 pengunjung pada 2023.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan serta Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan