Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis merakam kenangan bersama wakil penerima peruntukan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Sri Aman, pada Rabu. Foto TVS.

Peruntukan RM115,000 untuk 17 NGO di Sri Aman anjur aktiviti komuniti

SRI AMAN, 18 April: Sejumlah RM115,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada 17 jawatankuasa dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Sri Aman, di sini.

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, peruntukan tersebut disediakan untuk mereka melaksanakan aktiviti bersama komuniti setempat.

Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Aman dan Gabungan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2024 masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM20,000 manakala setiap 15 jawatankuasa lain akan menerima dana berjumlah RM5,000.

“Jadi saya juga ingin ucapkan tahniah dan saya berharap peruntukan berkenaan digunakan dengan sebaik mungkin untuk aktiviti setiap JKKK,” katanya pada Rabu.

Harden dalam pada itu mendedahkan pihaknya bercadang untuk membina kawasan tempat letak kenderaan di sekitar Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Sri Aman.

Dalam pada itu, Harden menyeru agar rakyat untuk terus memperkukuhkan perpaduan dengan meneruskan amalan kunjung-mengunjung dalam setiap perayaan yang ada di negeri ini.

Menurutnya, amalan seperti ini perlu terus diterapkan tanpa mengira jenis sambutan perayaan sama ada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina serta Hari Gawai akan datang.

“Amalan itu akan memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara masyarakat seterusnya menjadikan Malaysia terus unik di mata dunia dengan kekuatan perpaduan yang utuh,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan