Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Emir Salim Yuksel di Astana hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Sarawak berpotensi jadi rakan dagang Turkiye

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 April: Sarawak yang kaya dengan sumber aslinya berpotensi menjadi rakan dagang Turkiye, kata Duta Republik Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Menurutnya, potensi Sarawak dapat beliau nilai selepas mengetahui kekayaan sumber asli ditambah lagi dengan kepelbagaian budaya di negeri ini.

“Ini adalah masa yang tepat selepas COVID-19 kerana semua pihak mencari peluang perniagaan dan menjalinkan kerjasama. Saya rasa Sarawak boleh menjadi rakan kongsi terbaik bersama Turkiye,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Jelas Emir lagi, kunjungan ini merupakan sebahagian tanggungjawab beliau sebagai Duta Besar ke Malaysia bagi membincangkan hubungan dua hala.

“Sebagai duta besar, ini adalah tanggungjawab saya untuk membuat lawatan rasmi ke beberapa negeri di Malaysia,” ujarnya.

“Hari ini saya berpeluang bertemu Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan membincangkan banyak perkara termasuk ekonomi serta hubungan perniagaan Sarawak Turkiye,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan