Search
Close this search box.
Gambar hiasan

Batik Air gantung operasi ke Istanbul berkuat kuasa 1 Mei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 April: Batik Air akan menggantung operasinya ke Istanbul, Turkiye, berkuat kuasa 1 Mei, 2024, dan bagi penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan teks, kata pengendali syarikat penerbangan itu, Malindo Airways Sdn Bhd.

“Keputusan ini dibuat sebagai tindak balas kepada situasi di Timur Tengah baru-baru ini, yang telah memberi kesan ketara kepada laluan kami, membawa kepada sekatan operasi yang menjadikannya mencabar untuk meneruskan penerbangan ke rantau berkenaan.

Batik Air gantung operasi ke Istanbul, Turkiye berkuat kuasa 1 Mei ini | TVS

“Oleh itu, Batik Air telah mengambil langkah sukar tetapi perlu bagi menggantung operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW),” kata Malindo Airways dalam satu kenyataan hari ini.

Malindo Airways menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal tetap menjadi keutamaannya, dan keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti terhadap situasi semasa.

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul disebabkan daripada penggantungan ini kepada penumpang kami yang dihargai, dan kami memohon maaf yang amat sangat di atas sebarang gangguan yang mungkin berlaku kepada perjalanan mereka.

“Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan teks. Bagi merea yang ingin meminta bayaran balik, boleh lawati ww.malindoair.com/Refund-Request ,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan