Search
Close this search box.
Beras pulut, jeruk buah-buahan, sosej, bebola, dan minuman botol berperisa antara bahan makanan yang dirampas Pasukan Polis Marin Langkawi pada pemeriksaan berdekatan sebatang sungai di Taman Nilam di Langkawi, semalam. Foto PPM

Dua lelaki ditahan seludup makanan dari Thailand

ByTVS

LANGKAWI, 20 April: Dua lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas disyaki menyeludup masuk lebih 25 jenis bekalan bahan mentah makanan dari Thailand ke negeri ini di kawasan sungai di Taman Nilam di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner (ACP) Rusley Chi Ari berkata, suspek berusia 48 dan 52 tahun itu ditahan menerusi Ops Taring Landai oleh bot ronda Unit Risik PPM Langkawi kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya, ketika pemeriksaan, kedua-dua suspek didapati sedang memindahkan bahan mentah makanan yang dianggarkan bernilai RM2,000 tersebut dari sebuah sampan.

“Seorang suspek sebagai tekong sampan sedang memunggah masuk, manakala seorang lagi yang membawa pikap sedang menyusun barangan itu di bahagian penumpang belakang pikap.

“Terdapat beberapa bungkusan plastik yang mengandungi bahan masakan seperti beras pulut, jeruk buah-buahan, sosej, bebola, minuman botol berperisa dan beberapa jenis makanan segera lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, siasatan lanjut mendapati tekong berkenaan mengaku membawa barangan itu yang diperolehi menerusi laut daripada nelayan Thailand.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran atau pengesahan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membawa barang berkenaan.

“Kita turut merampas sebuah pikap jenis Ford Ranger dan sebuah sampan bersama barangan masakan itu yang bernilai RM123,982,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 kerana disyaki membawa barang tidak bercukai untuk pasaran tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan