Search
Close this search box.
Program Vakinasi Antirabies, Perlesenan dan Pemasangan Mikrocip menyasarkan 100 anjing divaksinasi hari ini. Foto TVS

100 anjing disasar divaksin pada Program Vaksinasi Antirabies, Pelesenan dan Pemasangan Mikrocip

KUCHING, 26 April: Program Vaksinasi Antirabies, Pelesenan dan Pemasangan Mikrocip menyasarkan 100 ekor anjing untuk divaksinasi hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti, Ruszaimeir Malek berkata program tersebut memberi peluang kepada pemilik anjing mendapatkan vaksinasi secara percuma di kawasan berhampiran rumah mereka.

Ruszaimeir Malek. Foto TVS

Usaha tersebut katanya dilakukan bagi mencegah berlakunya kes penularan rabies sekali gus memastikan anjing peliharaan bebas penyakit tersebut.

“Tujuannya secara am adalah untuk mencegah berlakunya penularan penyakit rabies dan kita nak anjing sihat daripada penyakit tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di Dewan Masyarakat Sungai Maong di sini, hari ini.

Program tersebut adalah kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jabatan Veterinar Sarawak dan Kejiranan Mesra Sungai Maong. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan