Search
Close this search box.
Datuk Mutang Tagal menepis persepsi Dewan Negara sekadar 'pak turut'.

Mutang Tagal tepis persepsi Dewan Negara sekadar ‘pak turut’

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 26 April: Dewan Negara mempunyai fungsi yang lebih besar. Bukan seperti persepsi pihak tertentu yang menganggap ia sebagai ‘rubber stamp’ atau ‘pak turut’.

Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal menegaskan Dewan Negara adalah sebuah institusi yang berkesan sebagai penggubal undang-undang negara.

“Kita akan melihat sesuatu rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat, kalau kita fikir ia wajar untuk dipinda, kita akan pinda.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan kita ada senarai negeri, senarai persekutuan, senarai bersama dan senarai kerajaan tempatan,” katanya menerusi program Dialog TVS yang disiarkan malam tadi.

Menurutnya lagi, jika ada yang bercanggah dengan rang undang-undang negeri maka harus ada perbincangan dengan kerajaan negeri sebelum rang undang-undang itu dibawa ke Parlimen.

Dalam menggubal undang-undang yang terbaik dan dapat diterima demi kesejahteraan rakyat, Ahli Dewan Negara berpeluang memberi pandangan dan cadangan dalam rang undang-undang yang dikemukakan kerajaan, jelasnya.

“Proses ini sekali gus membuktikan Dewan Negara bukan sekadar meluluskan undang-undang yang dibawa dari Dewan Rakyat,” katanya. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan