Search
Close this search box.
Kumpulan KMJX dikenali 'Kumanjax" mengumumkan lagu sulungnya "Bekikis Bulu Betis" dengan versinya tersendiri.

KMJX tampilkan versi baharu lagu Bekikis Bulu Betis

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 27 April: Kumpulan KMJX dikenali ‘Kumanjax’ mengumumkan lagu sulungnya ‘Bekikis Bulu Betis’ dengan versinya tersendiri.

Pengurus XIBO Entertainment, JayC Panganiban berkata, versi lagu tersebut telah dikeluarkan semalam mempunyai video muzik visual yang menakjubkan yang mempamerkan tenaga dinamik dan visi artistik kumpulan.

Katanya, lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ yang ditulis dan diterbit oleh lagenda tempatan Andrewson Ngalai yang diberi nafas baharu mampu memberi kepada pendengar dengan visual dan pengalaman yang membuatkan mereka tidak sabar-sabar menjangkakan apa yang KMJX sediakan.

“XIBO juga telah diberikan kebenaran daripada pencipta asalnya untuk merombak lagu tersebut memberikan suasana baharu yang segar. KMJX juga menumpukan pada senario muzik Dayak Iban dan dialek Sarawak supaya lebih berkembang,” katanya

Bagaimanapun, ahlinya Lanny Ho dan Mag Johari, masing-masing mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza ntuk memartabatkan semula landskap muzik Sarawak dengan gabungan rentak kontemporari dan tradisional.

KMJX juga akan memulakan perjalanan dalam industri muzik dan bersedia untuk mencipta sejarah di persada muzik Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan