Search
Close this search box.
Acara 'flag off' telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024 Datu Hii Chang Kee, pada pagi ini Foto Regina Lee (TVS)

Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 mula hari ini

ByRegina Lee

LAWAS, 27 April: Lebih 1,000 pengunjung memeriahkan acara perasmian Larian Baton sempena Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 di Peringkat Bahagian Limbang di Taman Awam, di sini, hari ini.

Larian ini diadakan bagi mempromosikan SUKMA Sarawak yang bakal berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos, seterusnya Para SUKMA pada 20 hingga 28 September depan.

Simbolik ‘flag off’ telah disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024 l, Datu Hii Chang Kee disaksikan Residen Limbang, Yunus Tambi dan Pegawai Daerah Lawas, Khairul Azhar Hasbi.

Lebih 300 peserta menyertai program Larian Baton sejauh 3.6 kilometer mengelilingi bandar Lawas yang terdiri daripada agensi- agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan sekolah rendah, atlet-atlet tempatan serta dari semua lingkungan umur.

Terdahulu, Residen Limbang Yunus Tambi, menzahirkan rasa bangganya berikutan Lawas sekali lagi telah dipilih sebagai titik permulaan Larian Baton.

“Kami masyarakat bahagian Limbang amat berbesar hati kerana Lawas telah dipilih sebagai tempat perasmian dan titik permulaan SUKMA dan PARA SUKMA Sarawak 2024 edisi kali ini.

“Saya harap dengan kehadiran kita semua hari ini dapat memeriahkan suasana, seterusnya membakar semangat atlet-atlet untuk berjuang dengan lebih gigih.

“Selain larian baton, pelbagai pengisian acara menarik turut diadakan oleh Sarawak Xtive seperti senam aerobik, pertandingan gusti lengan, e-sukan, pameran SUKMA dan sesi cabutan bertuah,” katanya.

Acara Larian Baton akan diadakan di setiap bahagian dan daerah di Sarawak bermula pada bulan ini, dengan Lawas sebagai pembuka tirainya, hingga hujung Jun depan dan Kuching pula bakal menjadi destinasi akhir.

Sebanyak 37 sukan bakal dipertandingkan pada SUKMA dan bagi Para SUKMA, 10 sukan dipertandingkan di sembilan bahagian iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri. – TVS

 

Ikuti Channel WhatsApp TVS agar tidak terlepas berita terkini. Klik di sini!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan