Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Santunan Kasih Aidilfitri Kota Samarahan, di sini, hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Abang Johari meriahkan Majlis Santunan Kasih Aidilfitri Kota Samarahan bersama 5,000 tetamu

ByJeeridyne

KOTA SAMARAHAN, 28 April: Majlis Santunan Kasih Aidilfitri Kota Samarahan hari ini dimeriahkan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berlangsung di Dewan Suarah, majlis anjuran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang itu turut dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian serta isteri Datin Amar Ann Ong.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri, Datin Sri Hajah Zuraini Abdul Jabbar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Sarawak, Datuk Idris Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Pada majlis berkenaan, Abang Johari bersama tetamu kenamaan lain turut mempersembahkan lagu-lagu raya dan lagu kegemarannya berjudul, Kasih Sayang.

Seramai 5,000 pengunjung memeriahkan majlis berkenaan yang berlangsung seawal 10 pagi hingga 3 petang yang meraikan kunjungan rakyat dari Asajaya, Muara Tuang dan Stakan.

Turut berlangsung simbolik penyerahan sumbangan kepada 80 orang bakal jemaah haji bersempena Program Jalinan Ukhwah P197 Kota Samarahan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan