Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di sini semalam. Foto TVS

KPM pastikan persekolahan anak-anak mangsa tragedi helikopter dijaga

NIBONG TEBAL, 28 April: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan membantu kesemua anak-anak mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak sehingga mereka tamat persekolahan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihakanya telah mendapat maklumat berhubung 10 orang anak mangsa yang sedang menuntut di beberapa institusi di bawah KPM termasuklah mengenal pasti tempat mereka bersekolah.

Katanya, KPM telah memberikan bantuan awal menerusi Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Didik Negara sejurus tragedi berlaku bagi memastikan anak-anak dan keluarga mangsa mendapat bantuan awal.

“Kita akan teruskan bantuan penuh dari segi pembelaan mereka dalam sudut pendidikan.

“KPM akan lakukan susur tindak dan memastikan pendidikan mereka akan dijaga sehingga habis di peringkat persekolahan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Nibong Tebal di sini semalam.

Tambah Fadhlina, pihaknya turut menghantar kaunselor KPM dalam memberikan sokongan psikososial terhadap anak-anak dan keluarga mangsa.

Dalam kejadian pukul 9.32 pagi Selasa lalu, dua buah helikopter yag sedang menjalani latihan sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 terhempas selepas berlanggar di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Seramai 10 kru terdiri daripada pegawai dan anggota TLDM dari kedua-dua buah helikopter terkorban dalam insiden itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan