Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto, TVS.

Lelaki maut terkena tembakan rakan ketika berburu

BySaibi Gi

KUCHING, 28 April: Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan rakan ketika memburu babi hutan di kebun sawit berhampiran Kampung Sungai Beradek.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 44 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan tembakan di dada.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek iaitu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

“Satu laras senapang patah dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada 11.48 pagi, semalam.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960

“Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk melengkapkan siasatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan