Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 31 cedera apabila sebuah bas terbalik di Malinalco, Mexico. Foto AFP

14 terbunuh bas terbalik di Mexico

ByBernama

BANDARAYA MEXICO, 29 April: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 31 cedera apabila sebuah bas terbalik di Malinalco, sebuah negeri di tengah Mexico, kata sekretariat keselamatan tempatan pada Ahad.

Kemalangan itu berlaku pada pagi Ahad di lebuh raya Capulin-Chalma, menurut sekretariat keselamatan itu dalam kenyataan.

“Bas itu membawa penumpang dari San Luis de la Paz, negeri Guanajuato,” menurut kenyataan itu.

Unit perubatan dikerahkan ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan