Search
Close this search box.
ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew semasa menyerahkan cek kepada Presiden Gurdwara Sahib Miri, Gurmokh Singh. Foto TVS

UNIFOR: Peruntukan RM600,000 untuk Gurdwara Sahib Miri bina bangunan

MIRI, 1 Mei: Kuil Gurdwara Sahib Miri menerima peruntukan berjumlah RM600,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi tujuan membina semula bangunan rumah ibadat berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata projek pembinaan tersebut dijangka akan selesai pada hujung tahun ini.

“Anda boleh melihat dapur sudah baru dan siap dengan sangat baik dan ini semua kerana usaha yang gigih dan juga dengan peruntukan beberapa pembiayaan UNIFOR oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mereka (Gurdwara Sahib Miri).

“Saya sangat gembira mewakili kerajaan untuk menyerahkan cek ini yang merupakan peruntukan ketiga RM600,000 yang saya terima minggu lepas,” katanya ketika melawat tapak projek Kuil Gurdwara Sahib Miri pada Rabu.

Terdahulu Gurdwara Sahib Miri telah menerima sumbangan sebanyak RM1.2 juta pada tahun 2020 Dan RM600,000 pada 2021 dari UNIFOR.

Sebastian juga telah memperuntukkan RM200,000 kepada pihak pengurusan kuil itu sekali gus menjadikan peruntukan terkumpul sebanyak RM2.6 juta.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada mana-mana persatuan agama lain untuk sentiasa memohon dana daripada UNIFOR sekiranya terdapat sebarang keperluan atau tidak mencukupi.

Setakat ini pembinaan kuil tersebut dianggarkan 60 peratus siap dibina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan