Search
Close this search box.
CIQ Mengkalap, Trusan di Lawas merupakan antara laluan keluar masuk Malaysia dengan Brunei di Sarawak. Foto fail TVS.

Alternatif kurangkan kesesakan di ICQS Mengkalap dan Merapok Lawas sedang dikaji

LAWAS, 3 Mei: Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang mengkaji satuĀ alternatif jangka pendek bagiĀ mengurangkan masalah kesesakan serius di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Mengkalap dan Merapok di Lawas.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata kajian komrehensif itu dilakukan sejajar dengan saranan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mengurangkan kesesakan di kedua ICQS itu seperti yang telah dilaksanakan di ICQS Sungai Tujuh dengan peruntukan RM 4 jutaĀ yang diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini.

ā€œKita (kerajaan negeri) mengkaji bagaimana kita boleh mengadakan satu rancangan jangka masa pendek mengurangkan kesesakan lalulintas di ICQS Mengkalap dan Merapok Lawas.

ā€œSaya telahpun memeriksa dan mendapat taklimat daripada Ketua Imigresen di ICQS Pandaruan dan tiada kesesakan serius di ICQS Pandaruan, hanya ICQS Mengkalap dan Merapok Lawas yang menghadapi masalah serupa dengan ICQS Sungai Tujuh Miri,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika ditemui media pada lawatan kerja ke ICQS Mengkalap, Trusan Lawas, pada Khamis.

Beliau turut mendedahkan terdapat banyak aduan dan laporan yang diterima kementeriannya mengenai kesesakan serius di pintu masuk sempadan di utara negeri ini terutama pada waktu kemuncak, hujung minggu dan cuti umum sehingga menunggu hampir lapan jam.

Terdahulu katanya peruntukan yang diluluskan itu bertujuan bagiĀ melaksana perancangan jangka pendek di ICQS Sungai Tujuh Miri termasuk menambah lima lorong, pertambahan kaunter dan pegawai imigresen dan kastam di pintu sempadan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan