Search
Close this search box.
Lensa sekitar raptai penuh Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di perkarangan Bangunan DUN, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

DUN Sarawak: Raptai penuh Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan DUN Sarawak berjalan lancar

ByDouglas Elliot

KUCHING, 3 Mei: Raptai penuh Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 disaksikan Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, hari ini.

Raptai yang merangkumi seluruh aspek acara mengikut adat istiadat dan protokol DUN Sarawak itu turut mempersembahkan perbarisan lintas hormat daripada 105 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 40 anggota cawangan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadual menyempurnakan majlis istiadat berkenaan pada Isnin ini.

Majlis itu nanti merupakan Majlis Istiadat Pembukaan sulung Tun Dr Wan Junaidi setelah dilantik sebagai TYT Sarawak pada Januari lalu.

Persidangan DUN Sarawak kali ini akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei 2024.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan tiga Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan meliputi perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan