Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, merakam kenangan dengan para penceramah pada Program Industry Continuous Professional Development (iCPD) hari ini. Foto TVS

Majikan tingkat kemahiran pekerja, kurangkan kebergantungan pekerja asing – Roland

MIRI, 3 Mei: Golongan majikan di negeri ini digalakkan agar meningkatkan kemahiran dan bakat tempatan para pekerjanya sebagai usaha mengurangkan kebergantungan terhadap pengambilan tenaga kerja asing dalam sektor industri.

Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn menekankan kepentingan bidang kemahiran yang kini mendapat permintaan tinggi dalam pasaran berikutan ia telah menyediakan laluan kemahiran untuk peluang pekerjaan baharu.

“Peningkatan kemahiran, kemahiran semula atau pelbagai kemahiran bakat tempatan kita adalah salah satu platform untuk mengurangkan kebergantungan kita terhadap pengambilan tenaga kerja asing dan kajian menunjukkan bahawa pelaburan majikan dalam meningkatkan kemahiran pekerja mereka memberikan pulangan yang kukuh.

“Di samping itu, untuk membuat pelaburan yang paling memberi impak, pihak berkepentingan ekosistem pendidikan perlu lebih memahami kemahiran yang sedia ada dalam populasi dewasa dan di mana jurang kemahiran yang paling besar wujud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Industry Continuous Professional Development (iCPD) di sini pada Jumaat.

Roland menambah institusi pendidikan tinggi juga perlu bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk mempromosikan penjajaran kemahiran pekerjaan dan menggabungkan data pasaran buruh dengan input industri untuk menentukan kemahiran yang diperlukan untuk pekerjaan akan datang.

Katanya, kehadiran pekerja yang bertauliah dan mahir di kalangan rakyat Sarawak, diyakini akan dapat memenuhi aspirasi PCDS 2030 dalam mencapai 30 peratus pekerja mahir seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap pengambilan pekerja asing.

Seramai 120 peserta dari lebih 60 syarikat terdiri daripada industri pembuatan dan perkhidmatan berkaitan di Miri termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri yang menyertai dalam program tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan