Search
Close this search box.
Sarawak kini berada di tangga kedua tertinggi yang mencatatkan bilangan mangsa sindiket tawaran pekerjaan atau ‘job scammer’. Foto hiasan Envato

Sarawak negeri kedua tertinggi statistik mangsa ‘Job Scammer’

ByAkma Salleh

KUCHING, 3 Mei: Sarawak kini berada di tangga kedua tertinggi dalam negara yang mencatatkan statistik mangsa sindiket tawaran pekerjaan atau ‘job scammer’.

Menurut Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli, negeri ini merekodkan seramai 202 orang mangsa sindiket tersebut.

“Kita telah jatuh pada tangga kedua tetapi ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Bukannya menurun tapi mungkin ada negeri lain yang meningkat. Sekarang ini yang teratas adalah Johor (243 mangsa), Sarawak (202) dan diikuti oleh Kuala Lumpur (144). Manakala, Selangor dan Perak pula masing-masing mencatatkan 127 mangsa dan 121 orang mangsa,” katanya dalam program temu bual khas, Dialog TVS yang disiarkan pada Khamis.

Pada Mac lepas, ketika melakukan kunjungan hormat terhadap  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Fenny memberitahu, Sarawak berada pada tangga teratas dalam carta statistik mangsa penipuan pekerjaan di Malaysia.

Angka tersebut katanya, sangat membimbangkan dan susulan itu, pihaknya di Kementerian Luar Negeri sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencari kaedah dalam membantu menangani masalah sindiket penipuan pekerjaan membabitkan rakyat Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan