Search
Close this search box.
ADUN Murum Kennedy Chuk Pai Ugon. Foto: Awang Azmil (TVS)

DUN Sarawak: Lembaga Pelabuhan Sarawak, revolusi pihak berkuasa di bawah satu badan bersatu – Chukpai

BySalasiah Safian

KUCHING, 7 Mei: Penubuhan Lembaga Pelabuhan Sarawak merupakan revolusi kepada pengurusan, operasi, perancangan dan pembangunan semula pelabuhan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan bahawa objektif utama Rang Undang-undang (RUU) tersebut sangat jelas.

“Ia bertujuan untuk memperkemas dan menyatukan pengurusan pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak di bawah satu badan bersatu.

“Dengan menubuhkan Lembaga Pelabuhan Sarawak, ia memastikan penyelarasan, kecekapan dan keberkesanan yang lebih baik dalam tadbir urus pelabuhan Sarawak yang membawa kepada perkhidmatan dan infrastruktur yang lebih baik untuk manfaat semua pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak yang dibentangkan oleh Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Tambah beliau dengan adanya badan tunggal yang mengawasi semua pelabuhan di Sarawak, ia akan dapat menghapuskan lebihan (eliminate redundancies), meminimumkan halangan birokrasi, dan mengoptimumkan peruntukan sumber.

Malah katanya, ia bukan sahaja akan meningkatkan daya saing pelabuhan Sarawak tetapi juga akan menarik lebih banyak peluang pelaburan dan perdagangan ke Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan