Search
Close this search box.
HP Inc. melancarkan portfolio PC AI komersial dan pengguna yang paling menyeluruh, yang memanfaatkan kuasa AI untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan pengalaman pengguna.

HP lancar portfolio PC AI menyeluruh, di Malaysia

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 7 Mei: HP Inc. telah memperkenalkan barisan PC AI komersial dan pengguna yang paling luas, memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan pengalaman pengguna dalam persekitaran kerja hibrid.

Menurut kenyataannya hari ini, mendedahkan hasil tinjauan terkini dalam kalangan rakyat Malaysia mendedahkan bahawa 63 peratus pekerja meramalkan kesan transformatif daripada kecerdasan buatan generatif (GenAI) terhadap metodologi kerja mereka, dengan 70 peratus sudah menggunakan atau merancang untuk mengintegrasikan GenAI dalam tahun hadapan.

Selain itu statistik turut merekodkan para majikan berkongsi keyakinan mereka, dengan 84 peratus mengharapkan GenAI meningkatkan pengaturan kerja yang fleksibel.

Menurut Pengarah Urusan HP Malaysia Alex Tan, AI mewujudkan persaingan yang setara yang menjadikan masyarakat sebagai pencipta, inovator, dan usahawan.

“Pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di rantau ini adalah bukti perlunya penyelesaian tempatan yang memenuhi keperluan tempatan.

” Selain itu, AI meningkatkan produktiviti dengan ketara dengan mengautomasikan kerja-kerja yang memakan masa, membolehkan bakat di seluruh negara menumpukan perhatian kepada kreativiti dan inovasi peringkat yang lebih tinggi.

” Rangkaian PC AI terbaru dari HP direka untuk menyerlahkan potensi masa depan Malaysia,” katanya.

Alex mendedahkan antara portfolio dikeluarkan hari ini adalah siri HP EliteBook 800 dan 805 Series G11 Notebook PC yang dilengkapi cip Intel Core Ultra 5 serta Core Ultra 7.

Pada masa sama, Alex mendedahkan turut diperkenalkan siri HP Envy x360 dan HP Spectre x360 terkenal dengan rekaannya yang bukan sahaja unik tetapi dengan kemasan yang nampak premium.

Kepada golongan gamer anda tidak dilupakan kerana OMEN Transcend 14 turut dilancarkan dengan skrin 2.8K OLED 120Hz VRR IMAX Enhanced, dijana cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 185H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070. Dengan NPU terbina, pemalam OpenVINO bagi OBS boleh menawarkan peningkatan kadar bingkai ketika menstrim sehingga 24.6 peratus.

Tidak dilupakan kepada golongan yang memerlukan komputer kerja prestasi tinggi, siri HP Z Book baharu juga turut diperkenalkan sebentar tadi.

Sebagai contoh HP ZBook Power G11 ialah komputer riba dengan skrin16” yang dipadakan dengan GPU NVIDIA RTX 3000. Ini membolehkan HP ZBook Power G11 melakukan tugasan menghasilkan model 3D modeling.

Turut diumumkan ialah HP Z Book Fury yang direka untuk melakukan suntingan video 8K, kesan khas 3D dan menjalankan model AI terbina pada mesin. Komputer riba ini dilengkapi cip Intel Core HX dan GPY NVIDIA RTX 5000.

Harga jualan kesemua AI PC yang diumumkan hari ini adalah seperti yang berikut:

The HP Elite 1000 Series G11 Notebook PC- bermula RM 8,499.

The HP EliteBook 800 dan 805 Series G11 Notebook PC – bermula RM 5,999.

The HP EliteBook 600 dan 605 Series G11 Notebook PC – bermula RM 4,699.

The HP ProBook 400 dan 405 Series G11 Notebook PC – bermula RM 4,399.

The HP Pavilion Plus PC – bermula RM4,299.

The HP Envy x360 PC – bermula RM4,399.

The HP Spectre x360 – Bermula RM7,699.

OMEN Transcend 14 – bermula RM7,999.

Kesemua HP Z Book – akan diumumkan kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan