Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang. Foto TVS

RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 ‘kunci’ pemain utama sektor tenaga global – Lo

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Mei: Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 merupakan kunci kepada Sarawak sebagai pemain utama sektor tenaga global.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang berkata penggubalan RUU itu bakal memberi nafas baharu kepada struktur tadbir urus serta kawal selia rangka kerja operasi pelabuhan Sarawak.

“Ini termasuk mengharmonikan yuran pelabuhan, yuran kapal, caj dan bayaran Pelabuhan selain membuat peruntukan bagi pengurusan penswastaan ​pelabuhan dan operasi yang boleh membentuk landskap ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, menyokong perbahasan Rang Undang- undang Sarawak Ports Authority 2024, yang dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, hari ini.

Sementara itu beliau menyatakan bahawa Sarawak mempunyai lokasi yang strategik kerana memiliki laluan perkapalan yang menghubungkan Barat dan Timur, menjadikannya sebagai hab perdagangan yang penting selain menawarkan peluang pertumbuhan ekonomi negeri.

“Mengambil contoh Pelabuhan Bintulu beliau berkata ia memiliki antara rizab gas yang terbesar di dunia menjadikannya sebagai aset yang berharga yang perlu dimanfaatkan.

“Oleh itu sistem pelabuhan yang teguh adalah penting untuk memudahkan perdagangan domestik dan antarabangsa dan melalui strategi pelaburan dalam kemudahan pelabuhan, Sarawak berhasrat mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran tenaga,” jelasnya.

Pada Mac lepas, Sarawak berjaya meyakinkan Kerajaan Persekutuan untuk memeterai satu Perjanjian Persefahaman (MoU) yang membenarkannya menguasai sepenuhnya Pelabuhan Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan