Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan pada Majlis Perasmian Persidangan Persatuan Profesional SIPartners+ Peringkat kebangsaan 2024, di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

UEC ‘pintu masuk’ anak Sarawak ke universiti antarabangsa, fasih lingua franca – Abang Johari

ByAkma Salleh

KUCHING, 7 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memberi manfaat kepada anak Sarawak.

Menurut beliau sijil berkenaan juga merupakan sebagai pintu masuk untuk anak Sarawak dalam melanjutkan pelajaran ke universiti antarabangsa selain fasih berbahasa lingua franca.

“Ada pula yang bertanya kenapa Sarawak mengiktiraf UEC sekolah aliran Cina. Saya kata kerana banyak anak kita bersekolah di Chung Hua dan Sarawak turut membantu sekolah ini supaya anak-anak Bumiputera belajar bahasa Mandarin.

“Maka bahasa adalah lingua franca komunikasi. Kalau kita tak tahu Mandarin orang Sarawak kata ternganga-nganga…Setidak-tidaknya orang kita tahu apa ‘wo ai ni’. Jadi kalau anak Bumiputera belajar di Chung Hua biarkan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan Persatuan Profesional SIPartners+ Peringkat kebangsaan 2024, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Persatuan Profesional SIPartners+ Malaysia Salahuddin Hassan Jaba’ie, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad dan Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak turut memperkasa bidang pendidikan dengan menubuhkan lima sekolah antarabangsa di wilayah ini.

“Falsafah pendidikan memang menjadi keutamaan untuk membangunkan negara. Oleh sebab itu, Sarawak turut membangunkan lima sekolah antarabangsa yang menggunakan dana kita (kerajaan Sarawak) sendiri.

“Ini supaya membolehkan anak-anak petani atau nelayan yang memperoleh keputusan cemerlang dapat menyambung pelajaran bertaraf antarabangsa dan menggunakan silibus Cambridge. Yuran Sarawak tanggung menerusi Yayasan Sarawak,” kata beliau lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan