Search
Close this search box.
Datuk Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Foto fail TVS

Yang di-Pertua Dewan Negara kini dirawat di Institut Jantung Negara

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 7 Mei: Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal sedang menerima rawatan perubatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara menerusi kenyataan memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan beliau.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan oleh pejabat ini mengikut keadaan semasa.

“Keluarga beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang diberikan untuk beliau dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam tempoh rawatan ini,” tambah kenyataan itu, hari ini.

Mutang mengalami masalah kesihatan ketika mengadakan lawatan kerja di Azerbaijan baru-baru ini.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia Mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan