Search
Close this search box.
Kanak-kanak Palestin berjalan kaki di sebelah runtuhan Masjid Al-Farouq, musnah semasa pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 19 April 2024. Foto fail AFP

Aktiviti ketenteraan Israel di Rafah mimpi ngeri kemanusiaan – Ketua PBB

ByBernama

HAMILTON (Kanada), 8 Mei: Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai “kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.

“Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.

Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.

Beliau menegaskan sebarang serangan ke atas Rafah akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah teruk, berpotensi menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang meluas.

Mengakui kesan buruk serangan itu, ketua PBB berkata: “Serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, malapetaka politik dan mimpi ngeri kemanusiaan.”

Beliau seterusnya merayu kepada “semua pihak yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk melakukan segala yang mereka mampu untuk membantu mengelakkan tragedi yang lebih besar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan