Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto UKAS

DUN Sarawak: Strategi mentadbir daripada Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib jadi panduan – Dr Sim

ByOdleen Catherny

KUCHING, 8 Mei: Kebijaksanaan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyusun strategi perancangan dalam mentadbir menjadi panduan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim mengakui dirinya telah banyak mempelajari strategi yang telah dilaksanakan Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib terutama dalam mesyuarat lembaga Sarawak Heart Foundation berhubung visi dan perancangan dalam pengurusan yayasan berkenaan.

“Satu nasihat yang saya sangat ingat sehingga hari ini. Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib pernah berkata, – ‘Jangan mudah percaya kepada apa yang diperkatakan oleh orang sebaliknya pelajari watak mereka,” kata beliau.

Dr Sim berkata demikian ketika menyampaikan Usul Penghargaan kepada mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19, di sini, hari ini.

“Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib juga selalu memberitahu saya – ‘Ramai yang datang kepada saya bercakap buruk mengenai kamu, tetapi saya beritahu mereka, saya kenal Dr Sim sejak kecil lagi. Adakah anda mengenali dia selama mana saya mengenali dia?”; demikianlah pesanan Almarhum berkaitan untuk mengenali perwatakan seseorang,” katanya.

Dalam pada itu, selama tempoh 33 tahun mentadbir sebagai Ketua Menteri Sarawak, Dr Sim mengakui Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah membawa kepada kestabilan politik namun turut melestarikan keharmonian sosial dan agama di Sarawak.

“Sarawak kehilangan pemimpin yang hebat selepas pemergian Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Tai pada 21 Februari 2024 yang lalu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS