Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada pemberita dalam sidang media di DUN Sarawak hari ini. Foto, TVS.

SUKMA 2024: Sarawak jamin keselamatan atlet

ByMuqri Aziz

KUCHING, 8 Mei: Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Sarawak 2024 memberi jaminan keselamatan terhadap atlet dan pegawai yang mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada masa sama turut menasihatkan kesemua atlet dan pegawai sentiasa berwaspada sepanjang berada di sini.

Ini kerana kata Abdul Karim, penganjur tidak tahu apa yang berlaku di luar gelanggang termasuk berkemungkinan atlet terlibat dengan kegiatan perjudian atau kerja bookie.

“Apabila seseorang atlet itu kalah, mereka (bookie) memeras ugut atau menggugut atlet itu.

“Sama juga seperti kejohanan sukan yang lain, saya sarankan kepada atlet serta pegawai supaya sentiasa berwaspada,” katanya.

https://youtu.be/IUH3M2OiVow

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Turut bersama Abdul Karim ialah Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024 merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick.

Sementara itu, Abdul Karim turut memberi jaminan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kesemua venue pertandingan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, venue sukan angkat berat di Dewan Panglima Rentap di Betong terpaksa dipindahkan ke Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan berikutan kos penyelenggaraan dan menaiktaraf dewan itu yang sangat tinggi.

“Namun jarak antara kedua – duanya tidak terlalu jauh malah Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan lebih besar serta pengubahsuaiannya tidak menelankan kos yang terlampau tinggi,” katanya.

Menurut Abdul Karim perkara berkenaan juga sudah dimaklumkan kepada kerajaan pusat.

Isu keselamatan atlet tercetus selepas tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim diserang sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Semalam, cermin belakang kereta milik pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal di Johor Bahru. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan