Search
Close this search box.
Anggota Penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Norazmi Mohd Rashid, 40, (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah bulan lepas. Foto, Bernama.

Tiga pegawai, seorang pembantu penguasa Kastam didakwa guna dadah

ByBernama

BATU PAHAT, 8 Mei: Tiga pegawai dan seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan dadah bulan lepas.

Norazmi Mohd Rashid, 40, Mohd Ruduan Yahya@Yahaya, 43, Salehudin Idres, 43, dan Mohamad Safiq Basman, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Norazmi, Mohd Ruduan dan Mohamad Safiq didakwa menggunakan dadah jenis amphetamine, Methdylenedioxy-Amphetamine (MDA) dan Methydylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Kesalahan terbabit dilakukan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Salehudin pula dituduh menggunakan dadah jenis sama dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 38B akta serupa.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta pengawasan polis maksimum tiga tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat antara pukul 6.40 pagi hingga 7 pagi pada 28 April lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Nazihah Abdul Rahim.

Terdahulu, Farah Wahida menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, namun Mohd Azlan Shah memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan kesemua tertuduh mempunyai tanggungan.

Mahkamah kemudian membenarkan keempat-empat mereka diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 26 Jun sebagai tarikh untuk serahan dokumen serta pengurusan kes. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan