Search
Close this search box.
Asap berkepul-kepul semasa serangan Israel ke atas perkampungan sempadan selatan Lubnan Adaisseh pada 8 Mei 2024, di tengah-tengah ketegangan rentas sempadan yang berterusan ketika pertempuran berterusan antara Israel dan militan di Semenanjung Gaza. Foto AFP

Israel lancar serangan bom fosforus di Lubnan

ByAFP

BEIRUT, 9 Mei: Israel pada Rabu melancarkan sebanyak 20 serangan udara di sempadan Lubnan termasuk menggunakan bahan api yang diharamkan di peringkat antarabangsa iaitu bom fosforus, selain bom bunker-buster GBU.

Anggota paramedic yang bertugas di Khiam menemui tiga anggota Hizbullah terbunuh dan seorang lagi cedera berikutan serangan Israel.

Jurucakap tentera Israel Avichay Adraee berkata serangan udara dilancarkan ke sasaran bersekutu Hizbullah di enam kawasan di Selatan Lubnan, manakala pesawat pejuang Israel melakukan serangan ke atas bangunan tentera Hizbullah di Kfarkela, Aita Al-Shaab, Khiam, dan Maroun Al-Ras.

Sementara itu, Hizbullah melancarkan operasi dengan menyerang tapak tentera Israel dengan peluru berpandu, menyebabkan kematian dan kecederaan tentera Zionis.

Hizbullah berkata ia sebagai tindak balas kepada serangan musuh ke atas kampung-kampung di selatan dan rumah orang awam.

Pertempuran ketenteraan antara tentera Israel dan Hizbullah sejak 48 jam lalu, adalah selari dengan pencerobohan Israel ke atas Rafah, yang juga telah merampas persimpangan rafah.

Media melaporkan Hizbullah menggunakan senjata tidak konvensional dalam serangan tindak balas apabila tentera Israel memilih untuk membersih kawasan di sepanjang sempadan dengan fosforus bagi memusnahkan tanah, tanaman serta air bawah tanah agar tidak dapat didiami penduduk.

Israel melepaskan tembakan mesingan berat di pinggir Rmeich dan Ramyah menyasarkan tangki air dan jalan penting yang menghubungkan masyarakat sempadan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan