Search
Close this search box.
Para pemain pasukan Selangor FC meraikan jaringan gol. Foto fail Bernama.

Piala Sumbangsih 2024: Selangor FC tarik diri, utamakan keselamatan pasukan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Selangor FC terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih 2024 susulan insiden jenayah serta ancaman yang berlaku membabitkan beberapa pemain dalam tempoh hanya 72 jam.

Hantaran di laman Facebook Selangor FC menegaskan bahawa keselamatan pasukan diutamakan selain memandang serius segala bentuk ancaman dan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan perkara itu.

“Selangor FC telah mengambil maklum keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk tetap meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei ini.

“Setelah penelitian dijalankan dan perbicangan terperinci dengan pelbagai pihak… pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” menurut hantaran itu.

Pada Ahad lepas, negara digemparkan dengan insiden pemain kebangsaan Faisal Halim yang juga pemain sayap Selangor FC disimbah asid di pusat membeli-belah di Kota Damansara, Selangor sehingga menyebabkan kelecuran tahap empat.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala serta kaki selepas diserang dan disamun oleh dua individu di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.

Terbaharu, kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali dengan tukul besi di Jalan Sri Gelam di Johor Bahru semalam.

Piala Sumbangsih 2024 sepatutnya menyaksikan pertembungan antara Selangor FC menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan