Search
Close this search box.
Suspek kes rompakan menggunakan senjata api, Houstin Bilong Usat yang dikehendaki pihak polis. Foto Polis

Polis buru Houstin Bilong, rompak bersenjata api di Bau

KUCHING, 10 Mei: Polis kini memburu seorang lelaki yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah premis di Jalan Jambusan, Bau, di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, suspek telah dikenal pasti sebagai Houstin Bilong Usat berusia 36 tahun dan berbangsa Kayan.

“Kes dilaporkan berlaku pada 5 Mei lalu sekitar jam 10.06 malam.

“Suspek telah melarikan diri sejurus kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menyalurkan maklumat tersebut.

“Orang awam boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau, ASP Francis Boniface Barau di talian: 012-7100711 atau Balai Polis Bau di talian: 082-763311.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terkesan suspek ini kerana dianggap bahaya dan tidak membuat dan menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak benar berkaitan kes ini,” tegasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan