Search
Close this search box.
Antara penduduk yang mengikuti Program Jiwa Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Sarikei di Rumah Keli Angai, Sungai Minus Sarikei, pada Sabtu. Foto TVS

Kempen keselamatan rumah panjang dipertingkat menjelang gawai

SARIKEI, 11 Mei: Fungsi dan peranan pasukan bomba komuniti daerah ini terus diperkasakan bagi memastikan mereka dapat membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM ) menangani insiden kebakaran di kawasan luar bandar dan terpencil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata, kewujudan pasukan itu amat diperlukan sebagai barisan hadapan sekiranya berlaku kecemasan di kawasan berkenaan.

Malah bagi memantapkan peranan mereka katanya, pasukan itu dilatih dengan pelbagai program latihan kemahiran kebombaan.

“Peranan bomba sukarela termasuk bomba komuniti terus kita perkasakan, dengan adanya pelbagai latihan untuk meningkatkan pelbagai kemahiran dalam bidang penyelamat,” katanya ketika ditemui sejurus selesai Program Jiwa Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Sarikei di Rumah Keli Angai, Sungai Minus, di sini, hari ini.

Menurut Mahmudin, pasukan terbabit berperanan penting sebagai respon pertama sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, sekali gus memudahkan tugasan penyelamatan.

“Ketika ini, kita giat melaksanakan kempen keselamatan di rumah panjang sebagai langkah meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan penduduk terhadap bahaya kebakaran terutama menjelang sambutan Gawai tidak lama lagi,” katanya.

Pengisian program yang disertai seramai 60 orang penduduk itu dimulakan dengan penerangan berkaitan Tedtalk sebelum disusuli taklimat ringkas kesedaran keselamatan kebakaran selain pengenalan Alat Pemadam Api (APA).

Pada masa yang sama, latihan demonstrasi menggunakan alat pemadam api serta tatacara memadam melibatkan kebakaran dapur memasak juga diadakan.

Hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Sarikei, Michael Sabek dan Tuai Rumah Keli Angai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan