Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang sukar dicari ganti.

Sarawak kehilangan ikon Dayak, ciri-ciri kepemimpinan sukar dicari ganti

ByMuqri Aziz

BINTULU, 11 Mei: Pemergian Yang di-Pertua Dewan Negara mendiang Datuk Mutang Tagal disifatkan sebagai kehilangan permata dan seorang ikon Dayak di Sarawak, kata Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah itu menyifatkan mendiang sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang sukar dicari ganti.

“Kita telah kehilangan seorang anak Sarawak terutamanya daripada kaum Dayak yang telah mencapai satu tahap yang tertinggi di peringkat legislatif Persekutuan Malaysia.

“Kita akan meneruskan lagi usaha untuk mencari seseorang yang mempunyai kemampuan seperti beliau untuk meneraju atau menjadi satu ikon kita di Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Larian Baton sempena SUKMA Sarawak dan Para SUKMA Sarawak 2024 di Dewan Suarah Bintulu di sini, hari ini.

Dr Rundi juga mengimbau kenangan manis bersama mendiang ketika zaman sekolah pada ketika itu mendiang merupakan seorang ketua pengawas dan menyifatkan mendiang sebagai ‘a colourful son of Sarawak.’

Beliau turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mendiang dan berharap agar terus cekal menghadapi di saat waktu sukar.

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara sebelum ini memaklumkan Datuk Mutang Tagal meninggal dunia pada 11.46 pagi, 10 Mei di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mutang, 70, mula menerima rawatan di Insitut Jantung Negara sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan