Search
Close this search box.
Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, semalam. Foto TVS

Skuad tinju Sarawak raih lima emas dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 11 Mei: Barisan pentinju muda Sarawak tampil cemerlang dalam Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2024 yang berakhir semalam selepas merangkul lima pingat emas bagi kategori umur Sukan Malaysia (SUKMA).

Skuad petinju lelaki membutirkan empat emas dan satu lagi disumbangkan oleh pasukan wanita.

Emas pertama Sarawak hadir menerusi Clarkson Evens Tom Frankie dalam kategori ‘minimumweight’ 46 hingga 48 kilogram (kg) selepas mudah menewaskan rakan sepasukan, Kennady Bilong Naga menerusi kiraan mata 5-0.

Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo raih emas Tinju Terbuka Sarawak 2024

Malam gemilang Sarawak diteruskan oleh Wan Dhia Danish Wan Muhammad Resa yang menewaskan lawannya dari Sabah, Danial Wahyu juga dengan kiraan mata 5-0 dalam kategori ‘welter’ 67 kg.

Satu lagi emas hadir apabila Gideon Riquelme Jonathan hanya memerlukan satu pusingan untuk menewaskan lawannya dari Sabah, Ahmad Afiq Shonuddin selepas pengadil memberikan ‘refreee stop contest’ (RSC).

Aidih Haqidah Abdullah yang turun pada aksi terakhir dalam kategori ‘heavy’ 60 kg turut tidak menghampakan apabila menghadiahkan emas keempat dengan kemenangan selesa 5-0 mengatasi lawannya dari Sabah A, Azmeen Suhayl Ariffin.

Sementara itu, kem tinju wanita Sarawak juga tidak kurang hebatnya apabila menghadirkan satu kilauan emas dalam ketegori ‘minimumweight’ 46 hingga 48 kg menerusi Patricia Jaquilina.

Patricia turut cemerlang apabila dinobatkan sebagai petinju terbaik kejohanan dalam kategori umur SUKMA.

“Saya tidak menyangka akan diberikan anugerah petinju terbaik pada kejohanan kali ini.

“Saya rasa sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh saya sepanjang kejohanan ini,” katanya ketika ditemui TVS di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, semalam.

Meskipun meraih pencapaian membanggakan pada kejohanan itu, petinju berusia 17 tahun itu tidak mahu terlalu berpuas hati dengan tekad untuk meningkatkan intensiti latihannya bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan seterusnya selepas ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan